Nama | : Norhayana binti Zainal |
Umur | : 50 Tahun |
Ahli | : 2010 |
LATAR BELAKANG
Norhayana atau dikenali dengan panggilan Kak Yana antara penduduk Taman Desa Puteri yang terawal menjadi ahli dan merupakan ahli jawatankuasa NADI Taman Desa Puteri yang aktif. Sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti NADI.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN NADI
Beliau memilih untuk berniaga kuih muih secara kecil-kecilan di rumah dan hanya menyediakan produk jualan atas permintaan sahaja. Kekurangan pemasaran produk jualan menyukarkan beliau untuk memperoleh jualan yang tinggi.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN NADI
Dengan adanya bantuan daripada pihak NADI, beliau mula menceburi bidang perniagaan atas talian. Beliau belajar cara mempromosikan produk di Facebook dan juga kedai atas talian, Shopee. Beliau berani untuk menjual produk kosmetik dengan adanya permintaan yang tinggi oleh penduduk setempat. Tambahan pula, Kak Yana mula menyertai kelas mahir masak bagi meningkatkan kemahiran.

