mcmc
Rekreasi & Pelancongan

Hill Park Seremban 2 Heights

IJM-Hill-Park-Seremban-2-Height

 

IJM-Hill-Park-Seremban-2-Height

 adalah taman yang dibina dan diselengara oleh IJM Land khusus untuk aktiviti rekreasi keluarga, bersantai dan untuk menikmati pelbagai aktiviti luar yang disediakan kepada pengunjung.

Hill Park ini terbahagi kepada 3 zon. Setiap zon dibahagikan ikut ketinggian. Zon 1 berwarna hjau, Zon 2 warna biru dan Zon 3 berwarna pink.

Di Zon 1 terdapat taman permainan untuk anak-anak. Zon 2 terkenal sebagai Dinosaur Zone. Di kawasan ini, anda dapat melihat pelbagai jenis dinasour. Dinasour ini tidak bergerak-gerak, ia statik sahaja. Tetapi pihak IJM ada sediakan informasi seperti nama dan asal-usul bagi setiap dinasour yang terdapat disitu.

Di Zon 2 juga, pihak IJM menyediakan Flying Fox untuk kanak-kanak. Selain itu, Climbing Cube untuk anak-anak juga disediakan di sini. Sekiranya anak anda bermain aktiviti lasak ini, pastikan mereka dibawah pantauan orang dewasa untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Zon 3 adalah tempat untuk bersantai. Di sini disediakan tempat Picnic Pavilions iaitu tempat berkelah, dan tempat duduk untuk pengunjung. Selain berehat dan bersantai anda boleh lihat pemandangan 360 darjah daripada Zon 3 ni.

Lokasi: Hill Park Seremban 2 Heights

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (6.30pagi – 9.00malam)