Nama | : Nurul Shahirah binti Amsah |
Umur | : 32 |
Ahli | : 2024 |
LATAR BELAKANG
Dengan pengalaman mendalam dalam seni memasak sejak beliau kecil lagi, Shahira memulakan perniagaannya dengan menjual produk makanan dan biskut secara kecil-kecilan. Kecekapan beliau dalam menguruskan stok dan kebolehan untuk mencipta hidangan-hidangan unik dan inovatif telah membantunya membina menu yang menarik minat pelanggan. Melalui komitmen beliau terhadap kualiti dan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan, kini Shahira telah berjaya membina sebuah jenama produk sendiri dan memasarkan produk jualannya menerusi platform digital.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN NADI
Dalam menjalankan perniagaan ini, beliau memulakan perniagaan dengan menjual di kedai secara jualan langsung. Sambutan kurang memuaskan kerana terlalu banyak persaingan dan lokasi yang tidak strategik.
Pendapatan sebelum penggunaan ICT: Sekitar RM700 sahaja
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN NADI
Dengan bantuan dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), beliau cuba menceburi jualan secara atas talian menggunakan platform digital dengan aplikasi Tik tok dan menyertai Mahir Masak Intake Pertama.
Kemahiran dan resepi yang dikongsikan melalui kelas mahir masak membantu Shahira untuk mula pelbagaikan produk jualan.
Pendapatan selepas penggunaan ICT: RM2000 sebulan

