| Nama | : Noraidah Binti Abd Majid |
| Umur | : 49 Tahun |
| Ahli | : 2011 |
LATAR BELAKANG
Puan Noraidah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ida merupakan seorang guru KAFA dan mempunyai 4 orang anak yang masih belajar terutama di Universiti. Masa terluang beliau digunakan untuk menjahit pakaian bagi ahli keluarga atau jika tidak hanya fokus kepada tanggungjawab sebagai suri rumah.
SEBELUM PENGLIBATAN ICT / PENGLIBATAN NADI
Beliau hanya fokus dalam bekerja sebagai guru Kafa namun kemahiran dalam digital ataupun keusahawanan amatlah rendah memandangkan beliau tidak didedahkan dengan kemahiran tersebut. Oleh itu, beliau sedikit ketinggalan. Walaupun boleh menjahit tetapi beliau tidak berani mengembangkan kemahiran tersebut kerana perasaan takut.
SELEPAS PENGLIBATAN ICT / PENGLIBATAN NADI
Dengan adanya bantuan daripada NADI, beliau mula minta pertolongan petugas untuk belajar kelas asas Microsoft setiap pagi sebelum berangkat ke tempat kerja. Beliau juga menyertai kelas kemahiran mahir jahit di bawah kendalian NADI bagi meningkatkan kebolehan menjahit dan kini beliau mula mengambil tempahan jahitan secara kecil-kecilan.


