mcmc
Maklumat PI

PENGENALAN PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

WhatsApp-Image-2024-05-27-at-17.55.02

 

   

 WhatsApp-Image-2024-05-27-at-17.55.02 2 
 3  4

Alamat : PT 1172, Tingkat Bawah Bangunan Mara

Jalan Puteri 1, Taman Desa Puteri 72100 Bahau,N.Sembilan Darul Khusus

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan sebuah projek kerajaan  yang diinisiatifkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat serta mendedahkan kepada masyarakat mengenai kepentingan ICT khususnya dikawasan Luar Bandar. Kini dijenamakan semula kepada NADI dengan fokus untuk menjadi pusat sehenti masyarakat luar bandar dan pedalaman bagi memperkasakan aktiviti ekonomi digital masing-masing berbanding hanya fokus kepada liputan dan kelajuan internet.Sebanyak 873 NADI sedia ada akan dinaiktaraf, 37 NADI baharu akan ditubuhkan dan tambahan 173 NADI lagi bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) menjadikan 1,083 NADI telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

 

NADI bertindak merapatkan jurang digital di kalangan rakyat Malaysia melalui pendedahan teknologi IT dan pemberian perkhidmatan jalur lebar di kawasan luar bandar bagi membolehkan seluruh komuniti mengakses atau melayari internet dengan kelajuan tinggi, dalam usaha mendapatkan maklumat setempat mahupun global selaras dengan usaha kerajaan membangunkan Malaysia sebagai negara yang berdaya saing meningkatkan taraf ekonomi dan sosial, serta melahirkan masyarakat Malaysia berilmu pengetahuan.

 

Sehubungan dengan itu, NADI yang dilancarkan pada November 2021 termasuk panel penasihat NADI , dan Ikon Usahawan menjadi instrumen penting dalam menggalakkan komuniti setempat bagi terlibat dalam aktiviti yang dianjurkan oleh NaDi. Fokus utama bagi melahirkan dan memperkasa usahawan kecil ke pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing. “sumber : Berita Harian dan Portal www.mcmc.com.my

 

 

VISI DAN MISI PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL

VISI

“MENJADI PUSAT ILMU DAN SUMBER MAKLUMAT BAGI MEWUJUDKAN KOMUNITI YANG BERPENGETAHUAN,BERKUALITI SERTA BERDAYA SAING.”

MISI

#Menyediakan kemudahan capaian internet dan informasi kepada komuniti

#Mewujudkan pengajaran dan latihan berkaitan teknologi komputer dan internet

#Menyediakan kemudahan capaian internet dan informasi kepada komuniti

#Mewujudkan pengajaran dan latihan berkaitan teknologi komputer dan internet.

#Melaksanakan program-program yang dapat membantu pembangunan ekonomi dan

  sosial di kalangan komuniti

#Berperanan sebagai pusat pelbagai perkhidmatan di kawasan luar bandar.

 

 

OBJEKTIF PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL

#Merapatkan jurang digital di antara masyarakat Bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

#Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.

#Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.

#Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.

#Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan

 

      NADI bertindak merapatkan jurang digital di kalangan rakyat Malaysia melalui pendedahan teknologi IT dan pemberian perkhidmatan jalur lebar di kawasan luar bandar bagi membolehkan seluruh komuniti mengakses atau melayari internet dengan kelajuan tinggi, dalam usaha mendapatkan maklumat setempat mahupun global selaras dengan usaha Kerajaan membangunkan Malaysia sebagai negara berdaya saing dalam meningkatkan taraf ekonomi dan sosial, serta melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan.

 

           Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat menjadikan NADI untuk merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.

 

           Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap NADI diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan, di mana isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan.

 

            Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan NADI sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut:

1. e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)

2. e-Pembelajaran (e-Learning)

3. Pengumpulan dan pertukaran maklumat

4. Pusat Komunikasi

5. Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian

6. Pusat peperiksaan dan persijilan.

 

             NADI Taman Desa Puteri  ini ditubuhkan bagi membuka ruang kepada komuniti luar bandar untuk mempelajari segala bentuk ilmu yang berkaitan dengan IT dan penggunaan komputer.Selain peranan yang dimainkan oleh NADI Taman Desa Puteri, ia juga bertindak sebagai pusat rujukan untuk laman-laman web seperti pembayaran secara online, pembaharuan insuran, mendapatkan apa sahaja maklumat aktiviti kegemaran anda samaada resipi makanan, isu-isu semasa pada masa kini, mengiklankan produk, jual beli produk secara online dan pelbagai lagi kemudahan jalur lebar yang disediakan di NADI Taman Desa Puteri, Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti yang juga dilengkapi kemudahan dan kelengkapan seperti  20 buah komputer, mesin pencetak (printer), mesin pengimbas(scanner), laminate, binding, fotostat dan kemudahan internet turut memainkan peranan yang sama penting. Segala kemudahan ini  disediakan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Telekom Malaysia Berhad di bawah penyeliaan MSD Digital Intelligence Sdn. Bhd.