Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Desa Puteri mula beroperasi pada tahun 2009 di bawah penyeliaan Telekom Malaysia Berhad (TM) yang beralamat di PT 1172, Tingkat Bawah Bangunan Mara,Jalan Puteri 1 Taman Desa Puteri 72100 Bahau N.Sembilan. Pembukaan NADI ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan di sini.
Sempena pembukaannya pada ketika itu, NADI telah mengadakan Majlis Hari Terbuka yang bertujuan untuk mempromosikan NADI kepada komuniti tempatan. Dengan adanya majlis ini, jumlah keahlian dan penggunaan meningkat dari tahun ke tahun. Kini, jumlah keseluruhan ahli yang dicatatkan telah melebihi 3000 orang.
Pada tahun 2015, pengubahsuaian telah dilakukan untuk menambah baik kemudahan yang ada di sini dan fokus utama adalah menjadi pusat sehenti untuk meningkatkan pendapatan bagi mengurangkan jurang ekonomi antara komuniti.
Kerja –kerja pengubahsuaian yang telah dijalankan pada tahun 2014
Wajah baru Pusat Sebaran Maklumat Nasional Taman Desa Puteri
NADI Taman Desa Puteri ini ditubuhkan bagi membuka ruang kepada komuniti luar bandar untuk mempelajari segala bentuk ilmu yang berkaitan dengan IT dan penggunaan komputer.Selain peranan yang dimainkan oleh NADI Taman Desa Puteri ianya juga bertindak sebagai pusat sebaran maklumat, program, aktiviti dan bantuan daripada kerajaan. Fungsi ini meliputi pelbagai aktiviti luarpremis yang ditujukan kepada golongan muda. Selain itu, NADI turut membimbing usahawan dan meningkatkan kadar celik digital dalam usaha untuk memperbaiki sosioekonomi masyarakat serta menarik lebih banyak aktiviti keusahawanan.
Kemudahan yang disediakan di NADI Taman Desa Puteri ini dilengkapi dengan kemudahan dan kelengkapan seperti 20 buah komputer, mesin pencetak (printer), mesin pengimbas(scanner), laminate, binding, fotostat dan kemudahan internet turut memainkan peranan yang sama penting. Segala kemudahan ini disediakan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Telekom Malaysia Berhad di bawah penyeliaan MSD Digital Intelligence Sdn. Bhd.